Strategi pecah, perintah dan tawan pembangkang
UTUSAN MALAYSIA : 10/09/2009PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi bagi menguasai dan mengekalkan kuasa yang dimilikki pihak berkenaan dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar yang ada pada pihak lawan kepada beberapa kumpulan kecil.
Ini akan mengakibatkan kuasa pihak lawan yang mempunyai pengaruh atau kuasa di sesuatu kawasan itu menjadi berkurangan dan memperkuatkan pihak yang melaksanakan strategi itu.
Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan pihak lawan bergabung dan membentuk satu kuasa yang besar.
Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu dengan memecahkan penduduk Tanah Melayu mengikut jenis pekerjaan dimana setiap kaum itu digalakkan untuk membuat pekerjaan tertentu khusus untuk kaum berkenaan sahaja.
Begitu jugalah negeri-negeri yang ada di Tanah Melayu juga dipecah-pecahkan dengan meletakkannya dalam koloni dan sistem pemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.
Kemudian seterusnya pihak British menggalakkan penubuhan parti-parti yang berasaskan perkauman untuk meliaht sama ada penduduk-penduduk di Tanah Melayuboleh bersatu padu dan mencapai kemerdekaan atau tidak. Tetapi strategi pecah dan perintah pihak British itu tidak berjaya dan akhirnya kita mencapai kemerdekaan.
Selanjutnya parti Perikatan, yang mengambil alih kekuasaan negara ini juga mengamalkan strategi itu dengan menggabungkan parti-parti perkauman yang mewakili kaum-kaum terbesar yang diasaskan oleh pihak British itu dan mengenepikan serta mengapi-apikan permusuhan antara parti-parti yang berjuang menggunakan idealisme.
Dengan menggunakan strategi pecah dan perintah itu, parti Perikatan yang ditukar menjadi Barisan Nasional (BN) terus berkuasa sehingga hari ini, selama 52 tahun. Dan ianya diperkuatkan lagi dengan propaganda melampau bagi memastikan parti-parti PAS dan DAP tidak dapat membentuk gabungan bahkan sentiasa dalam keadaan bermusuhan dan saling tidak mempercayai diantara satu sama lain.
Strategi pecah dan perintah ini menyebabkan BN terus menjadi parti dominan yang pastinya tidak boleh dicabar oleh parti-parti lain.
ULASAN:
Namun, apakah strategi 52 tahun itu masih mampu bertahan? Secara akademik ianya sudah mulai lemah. Strategi pecah dan perintah itu gagal dipergunakan oleh BN pada Pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Ianya disebabkan oleh kemahuan rakyat untuk memecahkan mjoriti 2/3 yang dikuasai oleh BN. APATAH LAGI selepas itu, PAS dan DAP mampu bekerjasama untuk membentuk kerajaan negeri Selangor dan Perak.
No comments:
Post a Comment