Suatu kompilasi maklumat yang disediakan oleh SUARA MAJORITY RAKYAT MALAYSIA - - UNTUK LAIN-LAIN TAJUK SILA LIHAT -- VIEW MY COMPLETE PROFILE.
Friday, April 30, 2010
Saturday, April 10, 2010
LAGI BUKTI BN JUARA PERKAUMAN!
PKR dicabar letak calon bukan Melayu
Katanya, oleh itu adalah wajar jika kerusi Parlimen diwakili oleh pemimpin bukan Melayu di samping DUN Kuala Kubu Bharu memandangkan jumlah pengundi Melayu dan bukan Melayu adalah seimbang.
Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.
Friday, April 9, 2010
ISU PERKAUMAN ADALAH ALAT UMNO
Rasis Jadi Makanan Umno
Wednesday, 07 April 2010 6:11 PM Oleh Noor Safinas Ghazali, erapakatan"Isu perkauman sentiasa menjadi makanan atau alat UMNO bagi melindungi kepincangan dan masalah dalaman yang dihadapi mereka," kata Badrul ketika dihubungi Erapakatan hari ini.Terdahulu, Noh Omar dalam ucapannya dalam satu konvensyen anjuran Barisan Nasional (BN) berkata, orang Melayu telah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Menurut Noh lagi, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima kasih kerana diberikan kerakyatan.
Kenyataan Noh yang berbaur rasis itu telah menyebabkan 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis tersebut. Selain itu, tindakan majlis yang hanya menjemput pemimpin utama dari Umno untuk duduk di pentas utama juga telah menimbulkan kemarahan sekutu utama mereka itu.
UMNO JUARA PERKAUMAN!
Friday, 09 April 2010 10:55 AM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR: "PAS tidak melihat isu ini perlu dibangkitkan kerana soal kerakyatan bukan Melayu sudah lama selesai dan generasi Cina, India dan kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara ini telah diberikan kerakyatan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan UMNO," jelas Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.
Menurut beliau, ucapan perkauman yang keluar dari mulut timbalan pengerusi perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar yang membangkitkan isu kerakyatan kepada bukan Melayu di negara ini tidak perlu diperdebatkan lagi.
"Malah setelah lebih 52 tahun negara ini merdeka, rakyat bukan Melayu telah memberikan banyak sumbangan kepada pembangunan negara ini dan mereka seharusnya tidak dijadikan bahan politik untuk dihina demi menunjukkan UMNOlah juara rakyat sebenarnya," tegas Idris.
Idris yang mewakili PAS menolak sebarang ucapan slogan atau kempen perkauman yang diterapkan oleh UMNO dan BN kerana jelas ia hanyalah merugikan rakyat.
"Ucapan Noh ini bukan pertama kali keluar dari mulut pemimpin UMNO. Februari lepas Datuk Nasir Safar, pegawai khas Perdana Menteri turut membakar kemarahan kaum bukan Melayu dengan mengelarkan kaum Cina dan India dinegara ini sebagai pendatang," kata beliau.
Bagi beliau, Isu perkauman dan kewarganegaraan tidak seharusnya berbangkit dan Pas berharap kaum Melayu dan bukan Melayu dapat hidup dengan harmoni di negara ini.
PAS juga menyeru Komponen BN menilai kedudukan mereka dalam BN kerana akhir-akhir ini UMNO sudah kembali menunjukan dasar perkaumannya.
Bagaimanpun PAS yakin yang isu perkauman yang digunakan oleh UMNO itu hanyalah merupakan penipuan yang dinyatakan semata-mata bagi menarik sokongan rakyat untuk terus menyokong parti UMNO dan BN" kata beliau lagi.
Dan tentunya parti-parti MCA dan MIC juga akan mengambil sikap yang sama seolah-olah parti-parti itulah juara yang memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Sedangkan hakikatnya tidak. Tidak sama sekali. Pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti ini hanyalah memperjuangkan kepentingan golongan atasan, golongan elit parti-parti tersebut yang mana mereka jugalah merupakan golongan elit, golongan bngsawan putera-putera BN
Oleh itu sewajarnyalah rakyat dari pelbagai bangsa, pelbagai kaum menghukum BN dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini kerana penipuan yang dilakukan selama ini oleh golongan ningrat putera-putera BN itu, berlagak sebagai pemimpin harapan bangsa, harapan kaum, harapan negara tetapi sebenarnya merekalah golongan penyangak, merompak dan menyamun harta rakyat melaui pelbagai bentuk undang-undang yang diperkenalkan oleh mereka mealalui kenaikan tariff tol, elektrik, harga gula, minyak, GST dan sebagainya.
Jika rakyat ingin terus diperas, disamun dan dirompak oleh golongan ningrat bangsawan-bangsawan BN, undilah calun BN dalam pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini.Anda yang membuat keputusan, anda yang mengundi dan anda jugalah yang akan menanggung kesan dari tindakan anda sama ada mengundi untuk kepentingan golongan ningrat atau untuk kepentingan rakyat jelata macam kita.