Tuesday, July 20, 2010

Mempertahankan hak Melayu

PERJALANAN orang Melayu untuk mewujudkan sebuah negara yang berpandukan perlembagaan bukan saja amat sukar, berliku-liku serta penuh onak dan duri, bahkan sebenarnya orang Melayu mengalaminya dengan amat dahsyat sekali. 

Sungguhpun orang Melayu tidak mandi darah ketika perlembagaan diwujudkan, namun ia sukar untuk memberi jaminan sengketa antara kaum tidak akan berlaku pada masa akan datang. Peristiwa 13 Mei 1969 tercetus kerana orang bukan Melayu tidak memahami asas-asas pembentukan negara.

Pertama sekali, orang Melayu tidak menerima penjajah British dengan mudah. Sejarah penjajahan di Tanah Melayu ditentang oleh orang Melayu sejak dari zaman Melaka ketika dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun, Siam dan kembali kepada British. 

Penentangan Datuk Maharajalela di Pasir Salak, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Mat Hasan Tok Janggut di Kelantan, tentangan Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain perjuangan Melayu yang berlaku antara kurun ke-19 dan kurun ke-20 menunjukkan dengan jelas orang Melayu tidak suka kepada orang asing, apatah lagi orang asing yang bernama penjajah dan kaum imigran. 

Pada kurun ke-19, orang Melayu sebenarnya telah menentang kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Beberapa orang wakil Melayu yang menduduki kerusi Dewan Mesyuarat Kerajaan telah mengambil peluang untuk mengkritik dan menentang kemasukan buruh-buruh asing dalam sektor perlombongan, pertanian, dan perkapalan. 

Namun oleh kerana orang Melayu tidak mempunyai taring dan kekuatan, hanya gigi dan lidah, maka kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu terus bermaharajalela. Keadaan ini berlaku sehingga menjelang Perang Dunia Kedua sampailah kepada penyerahan kerakyatan kepada orang bukan Melayu oleh pemimpin-pemimpin Melayu pada masa itu.

Oleh kerana orang Melayu tersangat lemah, tidak bersatu dan terlalu taksub dan taat kepada Raja di negeri-negeri, maka pada ketika itu komunis yang mewakili Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil peluang untuk menubuhkan kerajaan Republik Komunis Malaya.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Friday, April 30, 2010

Strategi pecah, perintah dan tawan pembangkang

UTUSAN MALAYSIA : 10/09/2009

PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi bagi menguasai dan mengekalkan kuasa yang dimilikki pihak berkenaan dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar yang ada pada pihak lawan kepada beberapa kumpulan kecil.

Ini akan mengakibatkan kuasa pihak lawan yang mempunyai pengaruh atau kuasa di sesuatu kawasan itu menjadi berkurangan dan memperkuatkan pihak yang melaksanakan strategi itu.

Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan pihak lawan bergabung dan membentuk satu kuasa yang besar.

Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu dengan memecahkan penduduk Tanah Melayu mengikut jenis pekerjaan dimana setiap kaum itu digalakkan untuk membuat pekerjaan tertentu khusus untuk kaum berkenaan sahaja.

Begitu jugalah negeri-negeri yang ada di Tanah Melayu juga dipecah-pecahkan dengan meletakkannya dalam koloni dan sistem pemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.

Kemudian seterusnya pihak British menggalakkan penubuhan parti-parti yang berasaskan perkauman untuk meliaht sama ada penduduk-penduduk di Tanah Melayuboleh bersatu padu dan mencapai kemerdekaan atau tidak. Tetapi strategi pecah dan perintah pihak British itu tidak berjaya dan akhirnya kita mencapai kemerdekaan.

Selanjutnya parti Perikatan, yang mengambil alih kekuasaan negara ini juga mengamalkan strategi itu dengan menggabungkan parti-parti perkauman yang mewakili kaum-kaum terbesar yang diasaskan oleh pihak British itu dan mengenepikan serta mengapi-apikan permusuhan antara parti-parti yang berjuang menggunakan idealisme.

Dengan menggunakan strategi pecah dan perintah itu, parti Perikatan yang ditukar menjadi Barisan Nasional (BN) terus berkuasa sehingga hari ini, selama 52 tahun. Dan ianya diperkuatkan lagi dengan propaganda melampau bagi memastikan parti-parti PAS dan DAP tidak dapat membentuk gabungan bahkan sentiasa dalam keadaan bermusuhan dan saling tidak mempercayai diantara satu sama lain.

Strategi pecah dan perintah ini menyebabkan BN terus menjadi parti dominan yang pastinya tidak boleh dicabar oleh parti-parti lain.

ULASAN:
Namun, apakah strategi 52 tahun itu masih mampu bertahan? Secara akademik ianya sudah mulai lemah. Strategi pecah dan perintah itu gagal dipergunakan oleh BN pada Pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Ianya disebabkan oleh kemahuan rakyat untuk memecahkan mjoriti 2/3 yang dikuasai oleh BN. APATAH LAGI selepas itu, PAS dan DAP mampu bekerjasama untuk membentuk kerajaan negeri Selangor dan Perak.

Saturday, April 10, 2010

LAGI BUKTI BN JUARA PERKAUMAN!

UTUSAN MALAYSIA 10 April 2010 / 25 Rabiul Akhir 1431

PKR dicabar letak calon bukan Melayu

KUALA LUMPUR 9 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar meletakkan calon bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bagi memberi keadilan kepada semua kaum di kawasan tersebut.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini memandangkan dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali kini disandang pemimpin Melayu.


Katanya, oleh itu adalah wajar jika kerusi Parlimen diwakili oleh pemimpin bukan Melayu di samping DUN Kuala Kubu Bharu memandangkan jumlah pengundi Melayu dan bukan Melayu adalah seimbang.

''Justeru jika mereka tidak meletakkan calon bukan Melayu, bererti mereka tidak adil kepada kaum lain dari segi pembahagian kerusi,'' katanya.Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian selepas menghadiri program ramah mesra bersama penduduk di kilang sawit Felda Sungai Tengi di sini hari ini.


Pada pilihan raya umum lalu, PKR meletakkan calon Melayu di kerusi yang ditandingi parti itu iaitu Parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali manakala DUN Kuala Kubu Bharu pula ditandingi DAP manakala Pas bertanding di DUN Hulu Bernam.

Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.


Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

Ahmad berkata, konsep pembahagian kuasa yang diamalkan BN melambangkan pemerintahan yang adil berteraskan gagasan 1Malaysia. Mengenai peluang pada pilihan raya kecil tersebut, Ahmad yakin kemenangan akan berpihak kepada calon BN memandangkan rakyat semakin selesa dengan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Selain itu katanya, banyak permohonan penduduk di Parlimen Hulu Selangor diluluskan oleh Kerajaan Pusat seperti pembinaan jalan raya, bantuan membaiki rumah dan juga keperluan lain. Justeru itu, beliau mengharapkan BN bukan sahaja menang di kerusi tersebut malah menang dengan majoriti yang agak selesa terutama peti undi di tanah rancangan Felda yang mempunyai 6,904 pengundi.

''Di empat tanah rancangan Felda di Parlimen Hulu Selangor iaitu Felda Sungai Tengi, Felda Sungai Tengi Selatan, Felda Soeharto dan Felda Gedangsa, kita jangkakan majoriti bakal bertambah berbanding pilihan raya umum lalu.''Jika pada 2008, calon BN menang dengan majoriti 1,100 undi di empat Felda itu, kali ini saya harap majoriti tersebut akan lebih baik,'' ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan calon berketurunan India bertanding di Parlimen Hulu Selangor.Beliau berkata, Abdul Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai keberanian meletakkan calon daripada kaum minoriti seperti dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

''Khalid tidak sedar bahawa langkah BN ini menepati konsep 1Malaysia. Oleh itu, saya cabar dia untuk letakkan calon kaum India jika pembangkang merasakan mereka benar-benar lebih hebat daripada BN.

''Puak PKR ini hanya pandai bercakap sahaja. Mereka sebenarnya tidak boleh buat seperti mana BN. Saya percaya dalam pilihan raya ini mereka tidak berani untuk meletakkan calon daripada kaum minoriti,'' katanya.Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Khairy mengulas hasrat Abdul Khalid untuk menyerang gagasan 1Malaysia sepanjang kempen pilihan raya kecil itu kerana didakwanya banyak kelemahan dan ditolak oleh rakyat.Bagi Khairy, Abdul Khalid harus berpijak di bumi nyata bahawa konsep 1Malaysia semakin diterima oleh rakyat negara ini termasuk generasi muda.

''Bagaimana dia boleh kata rakyat menolak 1Malaysia sedangkan dalam satu tinjauan yang dibuat, Perdana Menteri telah mendapat sokongan yang tinggi sehingga 68 peratus berbanding pada awal pelantikannya hanya mendapat 44 peratus sahaja" katanya.

Friday, April 9, 2010

ISU PERKAUMAN ADALAH ALAT UMNO

Rasis Jadi Makanan Umno

Wednesday, 07 April 2010 6:11 PM Oleh Noor Safinas Ghazali, erapakatan

KUALA LUMPUR : Krisis kronik yang berlaku dalam pucuk pimpinan Umno seringkali ditutup dengan provokasi perkauman oleh segelintir pemimpinnya.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shahrin, UMNO seharusnya berterima kasih kepada orang Melayu kerana sanggup diperalatkan oleh UMNO semata-mata untuk kepentingan politik mereka sejak puluhan tahun lalu.
 
"Isu perkauman sentiasa menjadi makanan atau alat UMNO bagi melindungi kepincangan dan masalah dalaman yang dihadapi mereka," kata Badrul ketika dihubungi Erapakatan hari ini.Terdahulu, Noh Omar dalam ucapannya dalam satu konvensyen anjuran Barisan Nasional (BN) berkata, orang Melayu telah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Menurut Noh lagi, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima kasih kerana diberikan kerakyatan.


Kenyataan Noh yang berbaur rasis itu telah menyebabkan 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis tersebut. Selain itu, tindakan majlis yang hanya menjemput pemimpin utama dari Umno untuk duduk di pentas utama juga telah menimbulkan kemarahan sekutu utama mereka itu.



UMNO JUARA PERKAUMAN!

Friday, 09 April 2010 10:55 AM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR: "PAS tidak melihat isu ini perlu dibangkitkan kerana soal kerakyatan bukan Melayu sudah lama selesai dan generasi Cina, India dan kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara ini telah diberikan kerakyatan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan UMNO," jelas Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Menurut beliau, ucapan perkauman yang keluar dari mulut timbalan pengerusi perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar yang membangkitkan isu kerakyatan kepada bukan Melayu di negara ini tidak perlu diperdebatkan lagi.

"Malah setelah lebih 52 tahun negara ini merdeka, rakyat bukan Melayu telah memberikan banyak sumbangan kepada pembangunan negara ini dan mereka seharusnya tidak dijadikan bahan politik untuk dihina demi menunjukkan UMNOlah juara rakyat sebenarnya," tegas Idris.

Idris yang mewakili PAS menolak sebarang ucapan slogan atau kempen perkauman yang diterapkan oleh UMNO dan BN kerana jelas ia hanyalah merugikan rakyat.

"Ucapan Noh ini bukan pertama kali keluar dari mulut pemimpin UMNO. Februari lepas Datuk Nasir Safar, pegawai khas Perdana Menteri turut membakar kemarahan kaum bukan Melayu dengan mengelarkan kaum Cina dan India dinegara ini sebagai pendatang," kata beliau.

Bagi beliau, Isu perkauman dan kewarganegaraan tidak seharusnya berbangkit dan Pas berharap kaum Melayu dan bukan Melayu dapat hidup dengan harmoni di negara ini.

PAS juga menyeru Komponen BN menilai kedudukan mereka dalam BN kerana akhir-akhir ini UMNO sudah kembali menunjukan dasar perkaumannya.

Bagaimanpun PAS yakin yang isu perkauman yang digunakan oleh UMNO itu hanyalah merupakan penipuan yang dinyatakan semata-mata bagi menarik sokongan rakyat untuk terus menyokong parti UMNO dan BN" kata beliau lagi.


Dan tentunya parti-parti MCA dan MIC juga akan mengambil sikap yang sama seolah-olah parti-parti itulah juara yang memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Sedangkan hakikatnya tidak. Tidak sama sekali. Pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti ini hanyalah memperjuangkan kepentingan golongan atasan, golongan elit parti-parti tersebut yang mana mereka jugalah merupakan golongan elit, golongan bngsawan putera-putera BN


Oleh itu sewajarnyalah rakyat dari pelbagai bangsa, pelbagai kaum menghukum BN dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini kerana penipuan yang dilakukan selama ini oleh golongan ningrat putera-putera BN itu, berlagak sebagai pemimpin harapan bangsa, harapan kaum, harapan negara tetapi sebenarnya merekalah golongan penyangak, merompak dan menyamun harta rakyat melaui pelbagai bentuk undang-undang yang diperkenalkan oleh mereka mealalui kenaikan tariff tol, elektrik, harga gula, minyak, GST dan sebagainya.


Jika rakyat ingin terus diperas, disamun dan dirompak oleh golongan ningrat bangsawan-bangsawan BN, undilah calun BN dalam pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini.Anda yang membuat keputusan, anda yang mengundi dan anda jugalah yang akan menanggung kesan dari tindakan anda sama ada mengundi untuk kepentingan golongan ningrat atau untuk kepentingan rakyat jelata macam kita.